Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Timbalan IGP tak tahu tawaran jawatan ketua SPRM
Diterbitkan:  Jul 28, 2016 7:57 AM
Dikemaskini: Jul 28, 2016 12:09 AM

Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata beliau tidak mengetahui tentang sebarang tawaran untuk melantiknya sebagai ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), seperti yang disebut dalam laporan berita.

"Tidak perlu lapor sebarang berita (mengenainya), saya tiada komen" beliau dilaporkan berkata dalam satu mesej teks kepada akhbar berbahasa Cina, Sinchew Daily.

Menurut akhbar harian berbahasa Cina itu dalam artikel yang dimuat naik dalam versi dalam talian selanjutnya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketika dihubungi, juga mendakwa beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Noor Rashid dan IGP ditanya mengenai berita bahawa timbalan IGP itu telah dinamakan sebagai pengganti Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yang bersara pada bulan Ogos.

Kerajaan mencari pengganti Abu Kassim berikutan keputusan ketua SPRM itu untuk bersara awal, akhbar berbahasa Cina Oriental Daily memetik sumber sebagai berkata.

Tawaran itu dikatakan dibuat ketika Noor Rashid dalam lawatan rasmi ke London bulan lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak terus menerima tawaran itu kerana mahu lebih banyak masa untuk mempertimbangkan, akhbar harian berbahasa Cina itu melaporkan.

Walaupun begitu, kata sumber kepada Oriental Daily, Noor Rashid menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membuat keputusan itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS