Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MP: Elak satu lagi kemelut 1Care
Diterbitkan:  Jul 28, 2016 10:15 AM
Dikemaskini: 4:22 AM

Seorang ahli Parlimen pembangkang menggesa kerajaan mengadakan rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum memperkenalkan satu lagi skim insurans penjagaan kesihatan negara.

Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming dalam satu kenyataan berkata ia perlu untuk mengelak berulangnya tindak balas awam apabila insurans penjagaan kesihatan negara 1Care dicadangkan pada 2011, dan rancangan itu akhirnya terpaksa dibatalkan.

Katanya, memandangkan penjagaan kesihatan dan pembiayaan penjagaan kesihatan adalah satu isu yang rumit dan terdapat banyak pilihan untuk diterima pakai oleh negara, maka ia mengejutkan bahawa kerajaan terus mengambil pendekatan atas ke bawah dengan satu pelan dan kemudian mengumumkan pengenalannya kepada rakyat Malaysia.

Akibat daripada membuat keputusan seumpama itu, katanya, ialah akan ada banyak salah maklumat dan spekulasi tentang motivasi asas untuk memperkenalkan skim insurans kesihatan itu apabila ia diumumkan.

Ahli Parlimen itu bertanya mengapa pihak berkepentingan tidak dimasukkan dalam fasa kajian skim tersebut

Ong berkata seorang ahli ekonomi kesihatan dari Universiti Harvard, Profesor William Hsiao, telah bekerjasama dengan kerajaan untuk mereka bentuk skim insurans penjagaan kesihatan yang dicadangkan itu.

Ini selain daripada mesyuarat global Rangkaian Pembelajaran Bersama untuk University Access Healthcare yang diadakan di Putrajaya baru-baru ini dengan kerjasama Kementerian Kesihatan, Bank Dunia dan NGO lain.

"Saya yakin bahawa pihak-pihak berkepentingan yang berminat,  termasuk anggota Parlimen Malaysia dengan latar belakang dalam sektor kesihatan, akan mendapat manfaat daripada taklimat oleh Profesor Hsiao dan juga menghadiri mesyuarat JLN di Putrajaya.

"Namun, ini tidak dilakukan, setakat yang saya tahu," katanya.

Ong mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Dr S Subramaniam, yang laporkan minggu lalu sebagai berkata skim yang dicadangkan itu adalah sukarela dan alternatif kepada penjagaan kesihatan swasta.

Menteri itu juga berkata pihak kementerian telah mengkaji konsep skim insurans penjagaan kesihatan kerajaan itu untuk beberapa bulan yang lalu dan telah menganalisis cabaran yang terlibat dalam melaksanakan skim berkenaan.


[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS