Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
54 terkorban di Nepal ekoran banjir besar, tanah runtuh
Diterbitkan:  Jul 28, 2016 11:04 AM
Dikemaskini: 3:29 AM

Sekurang-kurangnya 54 orang terkorban dan beberapa yang lain hilang apabila banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat melanda Nepal, dengan ribuan hilang tempat tinggal.

Press Trust of India (PTI) melaporkan berpuluh-puluh buah rumah dan jambatan dihanyutkan di beberapa kawasan di negara ini ketika hujan turun tanpa berhenti-henti, menyebabkan air sungai melimpah yang mengakibatkan ancaman banjir besar dan panik di kalangan penduduk tempatan, lapor Bernama.
 
Pyuthan adalah antara 14 daerah yang paling teruk terjejas di mana sekurang-kurangnya 26 orang terkorban akibat banjir dan tanah runtuh.
 
Jumlah korban meningkat di daerah itu selepas 17 orang yang sebelum ini dilaporkan hilang akibat kejadian tanah runtuh, ditemui mati.
 
Beribu-ribu orang telah hilang tempat tinggal manakala beratus buah rumah ditenggelami air banjir yang melanda penempatan mereka.
 
Ramai mangsa yang terkorban itu adalah menjadi mangsa gempa bumi yang tinggal di sebuah rumah yang diperbaiki, kata polis.
 
Berpuluh-puluh ribu rakyat Nepal masih tinggal di kemah selepas gempa bumi tahun lepas yang mengorbankan hampir 9,000 orang.

 

Lihat Komen
ADS