Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

ULASAN | Jawapan segera adalah, "Ya, tetapi ..."

Dennis Ignatius, seorang veteran perkhidmatan luar Malaysia, baru-baru ini menulis satu artikel di mana beliau berkata, "Mahathir mungkin bukan calon yang sesuai untuk menerajui gerakan untuk perubahan tetapi, suka atau tidak, beliau kini adalah satu-satunya pemimpin dengan pengalaman, kedudukan, dan ketokohan untuk mencabar Umno-BN."

Dennis berkata bahawa "negara kita merosot dengan cepat, dan demokrasi sedang mati."

Saya bersetuju dengan kedua-dua pengamatan yang dibuat oleh Dennis.

Persoalannya ialah - mengapa kita harus memberi peluang bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad?

Setiap kali Mahathir mencabar Perdana Menteri Najib Razak, tidak kurang yang mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu yang menumbangkan institusi politik Malaysia, yang Najib kini gunakan untuk manfaatnya.

Tidak kurang juga yang mendakwa gejala rasuah dan kronisme yang berlaku semasa era Mahathir.

Tetapi bagi saya, tidak ada perbandingan antara zaman Mahathir dan kleptokrasi luar biasa yang kita lihat hari ini di bawah pentadbiran Najib.

Suatu ketika dahulu, mereka berpuas hati mencuri jutaan. Kemudian ia menjadi puluhan juta. Sekarang, di bawah Najib, berbilion-bilion yang hilang.

Suatu ketika dahulu, Siti Hasmah dihormati; hari ini Rosmah akan dihina.

Suatu ketika dahulu, Mahathir ‘terbang’ dengan Malaysia Airlines (MAS); hari ini Rosmah dan Najib ‘terbang’ di seluruh dunia untuk lawatan membeli-belah dengan jet peribadi.

Terdapat ramai, termasuk saya, yang berkata tidak guna untuk menyingkirkan pemimpin korup seperti Najib - jika tidak ada perubahan kepada sistem politik Malaysia itu sendiri. Apa yang kita akan lakukan adalah menggantikan syaitansekarang dengan yang lain.

Hentam Amerika

Mahathir menghabiskan kehidupan politiknya menghentam Amerika, dan tidak ada ‘kasih sayang’ antara kami semasa saya menjadi duta.

Beliau selepas krisis kewangan Asia menyalahkan Amerika, hari demi hari, ke atas segala-galanya yang berlaku.

Ini disusuli dengan tangkapan ke atas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim ketika itu. Peristiwa ini membawa lebih banyak ketegangan antara kedua-dua negara.

Tetapi saya berada di sana, dan saya tahu tentang kebenaran yang berlaku. Saya tahu kebenaran tentang tuduhan terhadap Anwar. Saya juga tahu apa yang berlaku kepada ekonomi semua negara di Asia Tenggara, dan mengapa ia terjadi.

Jadi saya fikir adalah sama sekali tidak adil bagi Mahathir untuk menyalahkan Amerika berhubung segala-galanya.

Itu adalah jalan mudah untuknya - ia kesalahan Amerika dan "orang putih" dan ia tidak kena mengena dengan dirinya.

Saya adalah duta Amerika Syarikat, dan saya tidak akan hanya berdiri - dan bermain golf - apabila negara saya telah diserang secara tidak adil.

Tetapi sebenarnya, saya juga faham bagaimana marah dan kecewanya Mahathir berhubung apa yang berlaku terhadap ekonomi negaranya - dan mengapa beliau memilih untuk mencaci dan menyalahkan Amerika untuk apa yang berlaku.

Walaupun saya menyeringai apabila Mahathir memburuk-burukkan negara saya, saya masih menghormatinya (dan saya masih hormatinya sekarang) berhubung apa yang beliau lakukan selama lebih 20 tahun untuk membangunkan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kedudukannya di dunia.

Sekarang Najib telah memusnahkan segala-galanya pencapaian Mahathir.

Tanah-Mugabe

Saya rasa saya tahu kedua-dua kekuatan dan kelemahan Mahathir. Saya telah mengkaji dan mengikutinya selama lebih 20 tahun.

Jika diri saya adalah Mahathir, saya akan mengambil berat tentang legasi saya. Saya akan mengambil berat berhubung pencapaian pada tahun-tahun saya sebagai perdana menteri yang kini sedang dimusnahkan - oleh Najib.

Hari ini Malaysia telah menjadi, seperti yang saya katakan, Tanah-Mugabe. Ia bukan negara yang diimpikan dan diusahakan oleh Mahathir.

Saya sedari bagaimana Mahathir menggadaikan institusi politik Malaysia untuk mencapai matlamatnya demi negara ini. Tetapi di dalam fikirannya, belaiu melakukannya untuk Malaysia, bukan untuk memperkayakan dirinya. Setuju atau tidak, yang jelas ia adalah sangat berbeza daripada kleptokrasi luar biasa yang kita lihat hari ini di bawah Najib.

Hari ini, ramai yang cuba menjana wang untuk diri sendiri tanpa menghiraukan apa yang berlaku kepada negara mereka.

Betul, Mahathir mempunyai pengampu dan macainya. Beliau juga mudah terpengaruh dengan pujian. Tetapi beliau juga mempunyai beberapa menteri yang amat bijak dan cekap, yang saya bernasib baik sempat bekerjasama dan melibatkan diri.

Tetapi hari ini?

'Dumb and Dumber, Too’

Pengeluar filem, Riza Aziz, anak tiri kepada Najib terkenal dengan 'The Wolf of Wall Street', yang menurut Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dihasilkan dengan wang yang dicuri daripada rakyat Malaysia.

Riza juga menghasilkan filem berjudul 'Dumb and Dumber, Too’.

Begitu sesuai. Dumb and Dumber. Kerana di bawah Najib, menterinya bersaing antara satu sama lain untuk melihat siapa yang ‘menjadi lebih bodoh’ berbanding satu sama lain.

Tumpuan utama mereka adalah kesetiaan, khaki bodek dan memastikan bahawa mereka boleh terus membuat wang.

Jadi ya, saya bersedia memberi Mahathir peluang - peluang BESAR. Saya harap beliau boleh "Selamatkan Malaysia" yang kini dimusnahkan Najib. Tetapi perlu ada syarat.

1) Mahathir - dan gerakan atau parti politik yang ditubuhkannya - mesti menuntut pembebasan Anwar dari penjara.

2) Beliau mesti menuntut pengguguran semua dakwaan hasutan dan tuduhan politik lain yang difailkan Najib terhadap tokoh politik pembangkang lain.

3) Beliau mesti berkata mereka yang mencuri wang daripada rakyat Malaysia mesti dan akan dibawa ke muka pengadilan. Dalam usaha mencari kebenaran, Ketua Polis Negara (IGP) dan Peguam Negara (AG) perlu dipecat.

Dan bagi BERSIH?

Maria Chin Abdullah berkata bahawa beliau akan menganjurkan BERSIH 50. Perhimpunan itu mungkin akan diadakan, seperti lazimnya, di Kuala Lumpur.

Ini akan menjadi satu pembaziran masa.

Akar umbi Melayu

Untuk menyingkirkan Najib, kita perlu keluar dari KL dan memberi tumpuan ke kawasan Melayu - dan memastikan bahawa mereka mendapat tahu mengenai kebenaran.

Dan tidak ada pemimpin yang lebih baik untuk berbuat demikian daripada Mahathir? Di kawasan majoriti Melayu, Mahathir masih dikenali, disayangi, dan dihormati. Begitu juga dengan Anwar.

Jadi di sini adalah soalan - adakah Mahathir bersedia ke kawasan akar umbi itu dan bertemu dengan rakyat - dan beritahu mereka dalam bahasa Melayu yang Najib adalah dalang yang telah mencuri wang mereka?

Adakah Mahathir bersedia untuk memberitahu rakyat bahawa Anwar - yang juga disayangi oleh begitu ramai orang Melayu di kawasan luar bandar - telah dizalimi dan dipenjarakan oleh Najib?

Adakah BERSIH bersedia untuk menganjurkan semua ini? Dan benar-benar membuat perubahaan?

Jika ya, maka demi masa depan Malaysia, saya akan berdiri bersama dengan Mahathir.


JOHN MALOTT adalah bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia. Artikel ini pertama kali dimuatkan di blog Din Merican.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS