Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kata dua pembangkang kepada Najib mula hambar
Diterbitkan:  Jul 28, 2016 3:25 PM
Dikemaskini: 7:30 AM

Pakatan Harapan tidak akan mengambil sebarang "tindakan politik" Sabtu ini, walaupun minggu lalu memberi kata dua untuk berbuat demikian jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak gagal mematuhi tiga tuntutan mereka sebelum esok.

Tuntutan, yang dibuat Khamis lalu, mendesak Najib bercuti, menasihati Yang di-Pertuan Agong menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja serta memanggil sidang tergempar parlimen sebelum 29 Julai.

Bagaimanapun menjelang tarikh akhir itu, dan dengan ketiadaan jawapan daripada Najib, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke mengakui hari ini mereka tidak mempunyai rancangan untuk melaksanakan "tindakan politik" itu.

"Tidak ada tindakan segera Sabtu ini tetapi kami masih mempertimbangkan pilihan lain pada bulan-bulan akan datang," kata Loke kepada Malaysiakini ketika dihubungi mengenai perkara itu.

Katanya, menggerakkan rakyat supaya berhimpun adalah antara pilihan yang sedang dipertimbangkan, tetapi berkata belum ada keputusan dibuat berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan bersama, Majlis Presiden Pakaran Harapan pada Khamis lalu, berkata, mereka kan menggerakkan rakyat untuk “tindakan politik” pada 30 Julai ini sebagai tanda protes terhadap Najib jika perdana menteri tidak memenuhi tuntutan tersebut.

Ia susulan pengumuman menggemparkan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menyita aset berbilion ringgit yang dikaitkan dengan penyelewengan dana 1MDB.

Selain mendakwa wang 1MDB telah “dicuri”, beberapa individu dikaitkan termasuk Riza Aziz, anak tiri Najib, dan Jho Low serta “Malaysian Official 1” – yang menurut pemimpin pembangkang merujuk kepada Najib.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS