Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ditetak kerana pertahan pisang dari dicuri
Diterbitkan:  Jul 28, 2016 4:41 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Seorang penjaga kebun ditetak di kepala oleh pencuri yang menceroboh kebun tersebut di Felda Tenang, Hulu Besut pada Isnin lalu.

Pencuri itu pula ditetak esoknya apabila dia sekali lagi menceroboh kebun itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata pada hari kejadian pertama, penjaga kebun itu terserempak dengan penceroboh yang sedang menebang pokok pisang untuk mengambil pisang yang masak.

"Penjaga itu memarahi pencuri tersebut yang datang dari Felcra Keruak. Namun pencuri itu menjadi marah dan menetak penjaga kebun itu sebelum melarikan diri," katanya.

Penjaga tersebut dikejarkan ke Hospital Daerah Besut dan dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau berkata penjaga tersebut sekali terserempak dengan penceroboh itu pada keesokan hari dan sekali lagi berlaku pergaduhan antara mereka.

"Penceroboh itu kemudiannya ditemukan oleh pemilik kebun tersebut yang meninjau kebunnya, terbaring di tepi sungai dalam keadaan luka dan berdarah," katanya.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS