Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib kongsi rekod prestasi di laman blog
Diterbitkan:  Jul 28, 2016 7:02 PM
Dikemaskini: 11:08 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkongsi pencapaiannya sepanjang 40 tahun berkecimpung dalam bidang politik, di laman blog rasminya yang berwajah baru.

Antara yang diketengahkan perdana menteri dalam halaman bertajuk 'Rekod Prestasi' di laman www.najibrazak.com ialah penambahbaikan dasar pendidikan negara yang dilakukannya semasa menjadi menteri pendidikan pada 1995.

"Saya pernah diberi tanggungjawab sebagai menteri pendidikan pada tahun 1995 sehingga 1999. Ketika itu, saya memperkenalkan beberapa perubahan bagi mengukuhkan lagi sistem pendidikan Malaysia termasuklah mewujudkan Akta
Pendidikan 1996," katanya dalam catatan di laman Facebook dan Twitter beliau.

Catatan itu turut disertakan dengan capaian ke halaman berkenaan yang memuatkan kompilasi pencapaiannya dan peristiwa penting sepanjang beliau menceburkan diri dalam kerajaan dan politik sejak 1976.

Halaman interaktif itu menceritakan permulaan karier politik Najib yang menjadi anggota Parlimen termuda apabila menang tanpa bertanding kerusi Parlimen Pekan, Pahang pada 1976.

Turut dimuatkan ialah langkah-langkah proaktif yang beliau ambil bagi meringkankan kesan kejatuhan ekonomi global ketika memegang jawatan sebagai menteri kewangan, dan pelbagai pencapaian lain sepanjang beliau menjadi perdana menteri.

Pencapaian dan peristiwa penting dalam karier politik beliau dipaparkan dalam bentuk slaid serta foto-foto hitam putih dan berwarna mengikut peredaran masa.

- Bernama

Lihat Komen
ADS