Paling Popular
Terkini

Polis dijangka merakamkan keterangan Naib Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berhubung dakwaannya terhadap komplot peringkat tinggi untuk menggulingkan perdana menteri dan kerajaan esok.

“Saya diberitahu beliau akan datang esok (untuk dirakamkan percakapan),” kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam sidang media di Putrajaya petang ini.

Khairul Azwan pada Selasa lalu membuat laporan polis berkaitan dakwaan itu.

Beliau menamakan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas gabenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akthar Aziz dan bekas peguam negara Tan Sri Gani Patail.

Khairul Azwan mendakwa ketiga-tiga mereka disyaki menyalurkan maklumat sulit kepada agensi asing, termasuk Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS), tanpa kebenaran.

Khairul juga mendakwa dokumen-dokumen diserahkan telah dipalsukan dan maklumatnya juga diputar belit untuk agenda masing-masing.

Laporan polis itu dibuat selepas Jabatan Keadilan Amerika memfailkan saman sivil berkaitan dakwaan salah guna dana 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS