Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Perang mulut antara Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua dan ahli Jawatankuasa Pusat PKR, Latheefa Koya, cuma perbincangan biasa, kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut menteri besar Selangor berkenaan ditanya media mengenai perbalahan antara dua pemimpin parti yang membentuk Pakatan Harapan itu.

Wartawan: YB, boleh komen tentang perbalahan antara Tony Pua dan Latheefa?

Azmin: (Ia adalah) perbincangan, sebab anda tidak akan melihatnya dalam BN. Dalam Pakatan Harapan, kami bersetuju untuk tidak bersetuju.

Wartawan: Tapi ia berlangsung di Facebook, dan penyokong mula berkata macam-macam (mengenainya).

Azmin: Kita (bersikap) terbuka.

Wartawan: Tapi tidakkah ia akan mengeruhkan keadaan?

Azmin: Mungkin Utusan Malaysia dan TV3 yang mengeruhkan (keadaan), tapi kita tidak.

Azmin ditemui media selepas merasmikan Pesta Buku Selangor di Pusat Konvensyen Shah Alam hari ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS