Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis: Remaja bakar rumah setelah pergerakan disekat

Seorang remaja perempuan memulakan kebakaran di sebuah rumah di Taman Desa Setapak, Wangsa Maju di ibunegara semalam kerana dikatakan tidak puas hati pergerakannya disekat.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata bapa remaja itu menerima panggilan berkaitan insiden itu dari pihak bomba pada kira-kira jam 12 tengah hari di tempat kerjanya.

"Susulan itu, beliau bergegas pulang ke rumah dan mendapati kebakaran itu menyebabkan kerosakan pada tingkap sebelah pintu masuk, langsir dan televisyen, katanya kepada pemberita.

Mohamad Roy Suhaimi berkata hasil soal siasat mendapati remaja berusia 16 tahun itu mengaku membakar langsir dan televisyen menggunakan kain yang dibakar menggunakan dapur gas.

Turut terbakar ialah sebuah komputer riba.

Jumlah kerugian dianggarkan RM4,000, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS