Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Laporan: Isteri dakwa Justo ditipu buat pengakuan
Diterbitkan:  Jul 29, 2016 9:43 AM
Dikemaskini: 2:27 AM

Isteri bekas pekerja PetroSaudi International, Xavier Andre Justo dilaporkan mendakwa beliau percaya suaminya telah ditipu oleh bekas rakannya untuk membuat pengakuan bagi melindungi diri mereka dan sekutu mereka.

Dalam satu pendedahan yang panjang oleh The Guardian UK, Laura Justo dilaporkan berkata selepas suaminya ditahan kerana didakwa cuba memeras ugut bekas majikannya di Bangkok Jun tahun lepas, beliau dikunjungi bekas rakannya Patrick Mahony, seorang pengarah yang mengendalikan hal ehwal perniagaan PetroSaudi.

"Laura berkata Mahony menawarkan kepada Justo satu perjanjian: membuat pengakuan dan mengaku bersalah, dan PetroSaudi akan membawa anda keluar dari sini menjelang akhir tahun.

"Justo dengan berat hati bersetuju. Dia menandatangani pengakuan - tanpa kehadiran peguam -  yang mendakwa dia cuba memeras ugut bekas majikannya, dan memohon maaf kepada Mahony dan (ketua pegawai eksekutif PetroSaudi Tarek) Obaid 'kerana menyebabkan tekanan dan kebimbangan ke atas mereka'.

"Menurut Laura, seorang lelaki yang mendakwa dirinya detektif Scotland Yard - dan kemudian memberitahunya dia telah diupah oleh PetroSaudi - untuk mendapatkan pengakuan Justo itu," lapor The Guardian hari ini.

Bagaimanapun, Laura menjadi semakin curiga dengan kenalan di PetroSaudi itu apabila ternyata suaminya tidak akan keluar dari penjara pada akhir tahun 2015.

"Laura percaya Justo menjadi mangsa penipuan bekas rakan-rakannya, yang menipunya untuk membuat pengakuan dan menyerahkan salinan server PetroSaudi, dalam usaha untuk melindungi diri mereka dan sekutu mereka di Malaysia dengan menimbus kes itu.

"Pada bulan Mei 2016, dalam usaha saat akhir untuk menyelamatkan suaminya, Laura berpaling kepada seorang yang dia tahu Justo percaya: (editor Sarawak Report Clare) Rewcastle Brown, yang membawanya kepada The Guardian," lapor akhbar harian itu hari ini .

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS