Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Aziz Bari disiasat isu gesaan pada Majlis Raja-raja

Prof Abdul Aziz Bari memberi keterangan di ibu pejabat polis Bukit Aman susulan gesaannya supaya Majlis Raja-Raja bertindak susulan saman sivil di Amerika Syarikat dalam isu 1MDB.

Ditemani keluarga, pakar perlembagaan itu hadir pada jam 9 pagi tadi.

Beliau berkata memberi kerjasama penuh dan menjawab “yang perlu di sisi undang-undang”.

“Saya akur pihak polis juga mempunyai tanggungjawab, kita perlu beri kerjasama untuk memastikan undang-undang berjalan,” katanya kepada pemberita di luar Bukit Aman.

Gesaan Aziz dibuat selepas saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ), Amerika Syarikat (AS) berkaitan 1MDB difailkan.

Katanya, jika tidak, katanya, rakyat mungkin menyahut seruan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya sebuah perhimpunan menolak Datuk Seri Najib Razak diadakan.

Lihat Komen
ADS