Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
S'wak Report dakwa bekas polis diupah dapatkan pengakuan Justo
Diterbitkan:  Jul 29, 2016 1:18 PM
Dikemaskini: 5:24 AM

Laman pembocor maklumat Sarawak Report mendakwa bahawa seorang bekas anggota polis didakwa diupah untuk mendapatkan pengakuan dari bekas pekerja PetroSaudi International Xavier Andre Justo berikutan penangkapannya di Thailand.

Dalam kenyataan yang dihantar melalui email, Sarawak Report mendakwa bekas rakan sekerja Justo, Patrick Mahony mengaturkan orang kedua melawat Justo dua hari selepas ditahan.

"Ini adalah Paul Finnegan, bekas anggota polis UK, yang mendakwa dia telah dikerahkan untuk bekerja bagi kes itu oleh Scotland Yard, kononnya dengan restu pihak berkuasa Thai.

"Dakwaan itu bagaimanapun adalah satu pembohongan," kata laman web itu.

Menurut Sarawak Report, Finnegan kononnya diupah oleh PetroSaudi dengan bayaran RM3,000 sehari untuk mengendalikan Justo bagi pihak mereka.

"Sesungguhnya, hari selepas penangkapan Justo ini, Mahony dan Finnegan telah dibenarkan oleh pegawai Thailand untuk memasuki dan menggeledah rumahnya di Koh Samui untuk mendapatkan fail dan dokumen yang berkaitan dengan kes itu.

"Finnegan memberitahu Justo kerana beliau juga bekerja dengan Scotland Yard dia boleh membantunya keluar dari penjara, selagi banduan itu bekerjasama dengan PetroSaudi.

"Ini bermakna mendedahkan di mana semua data dimiliki beliau dan menandatangani 'pengakuan kecil' bertujuan untuk mengeluarkan PetroSaudi daripada masalah.

"Ini, seperti Finnegan juga menjelaskan kepada isteri Xavier Laura, akan 'memuaskan Thailand' dan membolehkan Justo dibebaskan 'melalui pintu belakang penjara," dakwa laman web.

Sarawak Report, yang juga menemuramah isteri Justo, mengaku bahawa sasaran pertama Finnegan adalah untuk mendapatkan semula baki data Justo bagi pihak PetroSaudi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS