Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Siaran media palsu 'senarai ketua kongsi gelap'
Diterbitkan:  Jul 29, 2016 5:57 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan penyebaran siaran media bertajuk “Senarai nama ketua kongsi gelap di Malaysia” yang didakwa dikeluarkan pihaknya.

Pegawai urus setia ketua polis negara (komunikasi korporat) Supt Venugopal Navaretnam berkata siaran media itu palsu.

“PDRM ingin menegaskan bahawa siaran media tersebut adalah palsu dan pihak polis tidak pernah membuat sebarang makluman umum mengenai senarai sasaran mana-mana operasi yang hendak dijalankan,” katanya.

Siaran media palsu itu, kata Venugopal, didakwa dikeluarkan oleh Ketua Komunikasi Korporal Bukit Aman ACP Asmawati Ahmad.

Dalam kenyataan hari ini, Venugopal berkata tindakan itu jelas dilakukan pihak yang cuba menimbulkan kegelisahan masyarakat.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai dan menyebarkan sebarang maklumat daripada sumber yang meragukan, serta diminta segera merujuk kepada pihak berkuasa bagi mendapatkan penjelasan lanjut,” katanya.

Lihat Komen
ADS