Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AirAsia patuhi arahan menara kawalan trafik udara
Diterbitkan:  Jul 29, 2016 6:36 PM
Dikemaskini: 10:39 AM

Juruterbang AirAsia X bagi penerbangan D7 206 telah mendapat kebenaran untuk berlepas di lapangan terbang Coolangatta di Queensland pada 21 Julai dan mematuhi laluan penerbangan mengikut arahan daripada Menara Kawalan Trafik Udara.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebagai maklum balas kepada kejadian hampir bertembung di ruang udara dengan Jetstar, AirAsia X mengesahkan juruterbang telah menerima amaran daripada sistem pencegah pelanggaran trafik.

"Pihak krew memberi tindak balas dengan segera kepada nasihat resolusi dengan mengurangkan kelajuan menegak mengikut prosedur yang mereka dilatih dan pesawat meneruskan perjalanannya dengan selamat.

"Siasatan diketuai oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Udara dan AirAsia X memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.

Kejadian itu berlaku pada pagi Khamis selepas pesawat tersebut berlepas dari Gold Coast.

Dilaporkan pesawat AirAsia X berada 152 meter daripada pesawat Jetstar yang hendak mendarat, menyebabkan alat penggera berbunyi di dalam kokpit kedua-dua pesawat.

Jarak minimum untuk pemisahan menegak bagi pesawat penumpang utama di Australia adalah 305 meter.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS