Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Pemburu' Pokemon Go rempuh sekolah di Melbourne
Diterbitkan:  Jul 30, 2016 10:59 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Seorang pemandu remaja berdepan dengan tuduhan jenayah selepas merempuh sebuah sekolah di Melbourne semasa bermain Pokemon Go ketika memandu, lapor Agensi berita China, Xinhua.

Polis Victoria Polis berkata, remaja berusia 19 tahun itu bermain aplikasi popular itu pada malam Khamis apabila dia hilang kawalan keretanya di bulatan di Berwick di tenggara Melbourne, lalu merempuh pagar dan bangunan mudah alih Kolej St Francis Xavier, lapor Bernama yang memetik Xinhua,

Tidak ada yang cedera dalam nahas itu yang berlaku di luar waktu sekolah dan pemandu itu, yang masih memegang lesen percubaan, juga tidak cedera.

Polils berkata, pemandu itu dijangka didakwa memandu dengan cuai, yang membawa hukuman maksimum denda AS$1,400 bagi kesalahan kali pertama dan berkemungkinan lesennya dibatalkan.

Aplikasi Go Pokemon, yang telah dimuat turun lebih 75 juta kali di seluruh dunia pada bulan pertama, memerlukan pengguna untuk mengemudi dunia sebenar dalam mencari watak-watak dari siri permainan video yang popular itu.

Nahas itu berlaku di tengah-tengah usaha pihak berkuasa jalan dan lalulintas Victoria, VicRoads, memasang 40 papan tanda di jalan-jalan popular di seluruh Melbourne untuk memberi amaran tentang bahaya bermain permainan ketika memandu.

"Dengan mengalih mata anda dari jalan hanya untuk dua saat, akan meningkatkan dua kali ganda risiko berlaku kemalangan. Kami hanya mahu memastikan semua orang selamat di jalan raya, jadi kami meminta mereka untuk tidak berbuat demikian," katanya kepada radio stesen 3AW.

Pemandu yang didapati bermain permainan itu semasa memandu tanpa menyebabkan kemalangan, akan didenda AS$350.


 

Lihat Komen
ADS