Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
WSJ: AS sepina Goldman Sachs serah dokumen berkaitan 1MDB
Diterbitkan:  Jul 30, 2016 12:18 PM
Dikemaskini: 4:26 AM

Goldman Sachs Group Inc dilaporkan telah disepina oleh pihak berkuasa Amerika untuk mendapat dokumen yang berkaitan dengan urusan dengan 1MDB

The Wall Street Journal (WSJ) hari ini, memetik individu yang biasa dengan perkara itu, berkata melalui bawah sepina itu, bank itu menyediakan dokumen itu kepada pihak penyiasat.

Akhbar itu bulan lalu melaporkan bahawa penyiasat Amerika cuba untuk menentukan sama ada Goldman Sachs melanggar undang-undang apabila ia tidak memaklumkan kepada pihak berkuasa berhubung satu transaksi yang mencurigakan yang melibatkan firma dana berkenaan.

Bagaimanapun, dilaporkan hari ini bahawa pihak berkuasa sehingga ini belum menemubual pekerja dan bekas pekerja Goldman.

"Goldman Sachs juga menyediakan maklumat kepada Lembaga Kewangan Singapura, bank pusat bandar republik itu dan pengawal selia kewangan yang juga telah bertanya tentang tugas firma itu bagi dana berkenaan - 1MDB - kata individu tersebut," lapor akhbar itu.

Ia berkata, Jabatan Kehakiman (DOJ) dan Suruhanjaya Bursa dan Sekuriti, bersama-sama dengan Jabatan Negara New York bagi Perkhidmatan Kewangan, sedang meneliti peranan Goldman dalam siri jualan bon yang diuruskannya untuk 1MDB.

Tindakan terbaru itu ekoran tindakan DOJ memfailkan saman sivil untuk merampas aset berkaitan dengan 1MDB pada hari Rabu, 20 Julai, dalam apa yang dilihat sebagai tindakan terbesar yang pernah dibuat di bawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative..

WSJ berkata hubungan Goldman dengan 1MDB dapat dikesan sejak pelancaran firma itu pada tahun 2009. Bank itu telah menaja-jamin tiga tawaran bon bernilai AS$6.5 bilion, dan ia telah menasihatkan firma itu bagi dua pengambilalihan.

Peranan Goldman dalam mengatur jualan bon itu, dan kira-kira $590 juta yang diperolehi firma itu dari 1MDB untuk perkhidmatannya, dinyatakan dalam saman sivil kerajaan Amerika Syarikat itu, katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS