Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anggota polis maut, kereta peronda langgar treler
Diterbitkan:  Jul 30, 2016 4:40 PM
Dikemaskini: 8:42 AM

Seorang anggota polis maut manakala seorang rakan sekerjanya patah kaki apabila kereta peronda mereka melanggar sebuah lori treler di Kilometer 78, Jalan Johor Baharu-Ayer Hitam dekat Johor Bahru awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Mohamad Laham berkata mangsa ialah Korporal Basri Yaacob, 34, yang bertugas di Cawangan Unit Kereta Peronda Polis Kluang.

Mangsa meninggal ketika menerima rawatan di Hospital Kluang.

Rakannya Lans Koperal Mohd Amirul Hakim Abd Latif, 31, yang cedera dirawat di hospital sama dan berada dalam keadaan stabil.

Mohamad berkata kejadian berlaku kira-kira jam 1.30 pagi ketika kedua-dua anggota sedang membuat rondaan dalam Ops Kargo Simpang Renggam.

Kereta mereka melanggar belakang treler yang diletakkan di bahu jalan, katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS