Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Noh: Terbukti pembangkang tak berani p'raya tergempar

Tindakan Pulau Pinang tidak meneruskan rancangan mengadakan pilihan raya mengejut di negeri itu dilihat “lakonan” bagi mengalih isu sebenar.

Sebenarnya, kata anggota Majlis Tertinggi Umno Tan Sri Noh Omar, ia pada mulanya dirancang supaya rakyat lupa terhadap siasatan terhadap ketua menterinya Lim Guan Eng.

"Saya lihat ini satu lakonan. Saya lihat pembangkang ini dari dulu lagi sampai sekarang dia pandai berlakon. Dia nak adakan pilihan raya negeri kerana nak alihkan isu.

“Isunya ialah Lim Guan Eng disiasat tetapi kalau boleh mereka tak nak rakyat bercakap perkara itu dan bercakap pasal pilihan raya negeri.

"Ini hanya lakonan dan gimik politik semata-mata," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri di anjuran SWCorp di ibu negara hari ini.

Lim semalam berkata negeri itu tidak akan meneruskan rancangannya pilihan raya mengejut kerana tidak mendapat persetujuan sekutunya PKR.

Pengumuman Lim semalam menyebabkan banyak pihak menarik nafas lega walaupun Gerakan telah bersedia meletakkan 13 calon untuk bertanding, selain PAS yang turut bersedia masuk gelanggang.

Mengulas perkembangan terbaru, Noh berkata kegagalan itu susulan “pelakon yang gagal ikut skrip”.

"Terbukti mereka tak berani (adakan pilihan raya negeri) dan bagi alasan tak ada kerjasama. Saya rasa ini semua dah rancang. Pembangkang ini dia ada penulis skrip dan ada pelakon.

"Realitinya, mereka tak dapat laksanakan seperti dalam skrip yang disediakan oleh penulis skrip mereka," kata anggota parlimen Tanjung Karang.

Lihat Komen
ADS