Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tua tapi tak bijaksana, kata Ramasamy terhadap Dr M

Tun Dr Mahathir Mohamad dikritik kerana mengeluarkan perkataan "keling" yang dianggap menghina kaum India ketika mensasarkan kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bercakap kepada Malaysiakini, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II P Ramasamy berkata, kejadian itu mengecewakan tetapi tidak mengejutkan.

Beliau juga menyatakan walaupun asal perkataan itu tidak bertujuan untuk menjadi satu penghinaan, tetapi dalam konteks moden, ia digunakan bagi meremehkan kaum India.

"Ia adalah mengecewakan bahawa ia datang dari seorang lelaki yang mengasaskan parti baru. Adakah anda fikir kaum India di Malaysia akan menyokong beliau apabila dia melakukan perkara-perkara seperti ini?

"Bagaimanapun, dia tidak peduli tentang kaum India dan kaum India tidak pedulikannya," kata beliau.

"Siapa kata dengan usia datang kebijaksanaan? Mahathir mungkin mempunyai pengalaman politik bertahun-tahun tetapi dia tidak punya kebijaksanaan.

"Sebagai bekas perdana menteri dia harus tahu bahawa perkataan 'keling' adalah menghina dan memperleceh kaum India di negara ini.

"Walaupun dia merasa tersinggung dengan Najib, dia tidak sepatutnya menggunakan perkataan 'keling' dalam kata-kata beliau," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS