Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Lim Mah Hui hari ini menegaskan beliau tidak bermain politik dalam berurusan dengan mana-mana pemimpin DAP termasuk Lim Guan Eng, walaupun berdepan kritikan demi kritikan di atas tindakannya.

Mah Hui kini menjadi sasaran kritikan ekoran surat yang dihantar oleh Penang Forum, sebuah NGO yang diwakilinya, kepada UNESCO di Paris bagi menilai kesan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (TMP) ke atas tapak warisan George Town.

Mah Hui menegaskan bahawa Penang Forum tidak menentang TMP dan kritikal terhadap beberapa fakta sambil menambah, bersedia untuk kehilangan pekerjaan jika terus bersikap lantang.

Beliau mempersoalkan jika rakan-rakan sekerja dalam MBPP sanggup melakukan perkara yang sama dan mengingatkan kriteria pertama untuk menjadi ahli majlis bukahlah kecenderungan, kelayakan atau kesetiaan kepada mana-mana parti politik.

"Ia mengenai sama ada kamu bersedia untuk bersuara dan berdepan risiko kehilangan kerja. Saya ajukan soalan kepada ahli majlis MBPP yang lain sama ada mereka akan berbuat demikian," jelas Mah Hui pada sidang akhbar di George Town, hari ini.

"Bagi saya, saya telah bersuara, jika Ketua Menteri mahu pecat daripada MBPP, beliau boleh lakukannya tetapi ia tidak akan menyebabkan saya 'membisu'.

"Tatkala bersuara untuk mengekalkan status warisan Pulau Pinang, saya dituduh cuba untuk memusnahkannya, tiada apa yang lebih terkehadapan dari kebenaran." ," tambah Mah Hui.

Baru-baru ini, Penang Forum menjelaskan bahawa tujuan pihaknya menghantar surat kepada UNESCO ialah untuk meminta bantuannya mengambil langkah proaktif bagi melindungi tapak Warisan Dunia George Town, bukan untuk mengeluarkannya daripada status itu.

Surat bertarikh 23 Jun setebal 28 muka surat itu, dengan empat muka surat teks, 13 muka surat gambar dan 11 muka surat lampiran bertajuk "Melaka and George Town World Heritage Property: Request for Unesco Advisory Mission and Impact Assessment of Proposed Master Plan in George Town, Penang" dihantar kepada badan warisan dunia itu bagi menyuarakan kebimbangan Penang Forum tentang cadangan pelaksanaan projek mega berkenaan.

Penang Forum, sekumpulan NGO yang berpejabat di Pulau Pinang, mendakwa PTMP mengancam nilai universal terkemuka yang terdapat pada tapak warisan dunia George Town.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS