Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Kenapa Petronas henti khidmat ejen pelancongan dari Sabah, S'wak?'
Diterbitkan:  Aug 23, 2016 10:35 AM
Dikemaskini: 3:04 AM

Petronas diminta menjelaskan mengapa ia melantik syarikat berpangkalan di Kuala Lumpur sebagai ejen untuk mengendalikan tiket dan perjalanan kakitangannya, selepas menamatkan perkhidmatan syarikat-syarikat pelancongan dari Malaysia Timur.

Langkah yang diambil syarikat minyak negara itu adalah sangat tidak adil kepada syarikat-syarikat dari Sarawak, kata Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) Sarawak Chris Kon.

"Petronas mengenakan kriteria baru bagi syarikat-syarikat yang ingin terus menjadi agen panel mereka, salah satu daripadanya adalah mereka mesti mempunyai cawangan di semua negeri.

"Kriteria diberikan pada notis yang singkat dan akibatnya syarikat-syarikat tempatan kehilangan perniagaan mereka dengan Petronas kerana mereka tidak dapat memenuhi kriteria itu.

"Syarikat-syarikat besar mendapat manfaat, manakala syarikat-syarikat berasaskan negeri rugi," Chris dipetik sebagai berkata oleh The Borneo Post.

Akhbar harian itu melaporkan, isu ini pertama kali ditimbulkan pengarah urusan sebuah agensi pelancongan tempatan, yang tidak mahu dikenali.

Ketua agensi itu berkata beliau bimbang terhadap anak jati Sarawak atas apa yang dilihatnya sebagai satu langkah yang tidak adil terhadap ejen pelancongan Malaysia Timur.

Berkuat kuasa 1 Julai tahun ini, pengarah urusan itu berkata, panel empat syarikat pelancongan yang berpangkalan di Sarawak dan tiga syarikat pelancongan di Sabah telah mengendalikan perjalanan Petronas dan tiket.

Namun mereka kini tidak dapat berbuat demikian disebabkan oleh perubahan dasar.

"Sebaliknya, perjalanan kini dikendalikan oleh satu syarikat pelancongan yang berpangkalan di Kuala Lumpur, yang mempunyai usaha sama dengan sebuah syarikat Perancis," katanya.

"Akibatnya, terdapat pemberhentian kakitangan dengan beberapa syarikat mengalami kerugian kewangan, menjadikan penduduk tempatan hilang pekerjaan.

"Perubahan secara tiba-tiba dalam dasar ini juga menyebabkan berjuta-juta ringgit nilai bil tidak berbayar yang terhutang oleh Petronas.

"Petronas perlu menjelaskan mengenai dasar baru ini yang membuat syarikat dari Sarawak dan Sabah rugi," pengarah urusan itu dipetik sebagai berkata.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS