Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
‘Adil bagi polis hadkan siasatan 1MDB kepada penemuan PAC saja’

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said percaya adalah adil bagi oihak polis untuk mengehadkan siasatan mereka ke atas skanadal 1MDB berdasarkan cadangan dan penemuan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sahaja.

Katanya, PAC dianggotai oleh kedua-dua wakil daripada kerajaan dan pembangkang.

"Mereka yang menganggotai PAC diberi prerogratif untuk menyiasat dalam apa jua cara dengan memanggil saksi-saksi. (Laporan) PAC wujud berdasarkan laporan audit," katanya.

"Jika itu adalah arahan - kita hadkan siasatan kepada laporan PAC - saya fikir itu satu kenyataan yang adil," kata Azalina pada sidang media selepas lawatan ke Pusat Timbangtara Serantau Kuala Lumpur (KLRCA) hari ini.

Beliau ditanya sama ada arahan kabinet supaya polis mengehadkan siasatan mereka kepada cadangan PAC adalah satu konflik kepentingan.

Katanya, PAC adalah badan terakhir dalam siasatan ke atas semua perkara yang dibangkitkan.

"Jika kamu PAC atau polis bertindak lebih daripada itu, saya fikir ia tidak betul kerana PAC yang membuat keputusan mengenai terma rujukan," katanya.

Walaupun PAC dipengerusikan oleh seorang ahli parlimen BN, Azalina berkata, bahawa ia masih sebuah badan yang bebas.

"Jika polis sedang menyiasat kerana laporan PAC, saya fikir ini mengesahkan (tindakan mereka).

"Oleh kerana [...] terma rujukan adaah berdasarkan PAC, kerana PAC yang mencadangkan penemuan tersebut. Jadi saya fikir ini adalah wajar dan adil," katanya.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar minggu lalu berkata polis fasa pertama siasatan mereka ke atas 1MDB kini siap dan ia terhad kepada lima cadangan oleh PAC sebagaimana yang diarahkan oleh kabinet.

Ahli parlimen DAP Tony Pua bagaimanapun berkata bahawa arahan kabinet dalam meletakkan had berhubung apa yang polis boleh atau tidak menyiasat adalah sama seperti gangguan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS