Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah persekutuan dengar rayuan penukaran agama anak 14 Nov

Mahkamah Persekutuan hari ini menetapkan 14 dan 15 November untuk mendengar rayuan M Indira Gandhi bagi mencabar penukaran agama tiga anaknya kepada Islam oleh bekas suaminya, K Pathmanathan @ Muhammad Ridhuan Abdullah.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini selepas pengurusan kes dan disahkan oleh peguam M Kulasegaran dan Aston Paiva yang mewakili Indira Gandhi.

Pada 19 Mei Mahkamah Persekutuan memutuskan untuk mendengar tiga persoalan undang-undang ke atas penukaran agama anak-anaknya.

Ini berlaku selepas Mahkamah Rayuan dalam keputusan majoriti 2-1 pada 30 Disember membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengisytiharkan penukaran agama itu sebagai haram dan dengan itu, tidak sah dan batal.

Pada tahun 2009, Ridhuan menukarkan agama tiga kanak-kanak terbabit - dua anak perempuan dan seorang anak lelaki yang masing-masing berumur 12, 11 tahun dan 11 bulan tanpa kehadiran ibu mereka dan tiga syarat lain sebagaimana dikehendaki di bawah Seksyen 96 Enakmen Pentadbiran Islam Perak 2004 .

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS