Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pelajar jamin ahli politik tak rampas himpunan TangkapMO1
Diterbitkan:  Aug 24, 2016 3:00 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Aktivis pelajar dari gabungan Tangkap Malaysian Official 1 (MO1) memberi jaminan bahawa perhimpunan mereka yang dijadualkan 27 Ogos ini tidak akan dirampas oleh parti politik.

Jurucakap TangkapMO1, Anis Syafiqah Md Yusof berkata, mereka telah menetapkan satu peraturan iaitu hanya pelajar yang akan menentukan acara apabila penunjuk perasaan tiba di Dataran Merdeka sebagai titik akhir perhimpunan mereka.

"Sebaik sahaja kita sampai di Dataran, hanya pelajar akan dibenarkan untuk bercakap (berucap kepada orang ramai)," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Kami telah mengeluarkan arahan kepada ahli-ahli politik dan pemimpin NGO lain bahawa mereka hanya boleh memberi ucapan di dua lokasi perhimpunan awal iaitu di Sogo dan Masjid Jamek," katanya, ketika ditanya mengenai kemungkinan pelajar dibayangi oleh pemimpin yang lebih terkenal.

Walaupun mendapat bantahan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Anis Syafiqah berkata pelajar akan meneruskan rancangan mereka untuk berkumpul di Dataran Merdeka kerana ia adalah satu-satunya lokasi yang benar-benar melambangkan kekuatan rakyat.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini berkata polis tidak akan membenarkan perhimpunan itu diadakan di Dataran Merdeka kerana penganjur tidak mendapatkan kebenaran daripada DBKL.

Setakat ini, perhimpunan yang dianjurkan dengan tujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dan mengenal-pasti individu yang dirujuk ‘Malaysian Official 1' dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat, telah mendapat sokongan daripada parti-parti Pakatan Harapan dan NGO lain.

Dari segi penyertaan pelajar, pihak penganjur mendedahkan bahawa mereka mensasarkan kira-kira 1,500 rakan-rakan mereka dari universiti-universiti tempatan di seluruh negara - berdasarkan program jelajah yang bermula kira-kira dua minggu lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS