Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis belum terima laporan dari keluarga gadis 'mangsa culik'

Polis masih belum menerima sebarang laporan daripada anggota keluarga gadis yang dipercayai diculik dua lelaki di persimpangan Jalan AU 5C/7, Taman Lembah Keramat, Kuala Lumpur semalam.

Seorang penduduk setempat telah melaporkan kepada polis bahawa beliau melihat seorang remaja perempuan berumur lingkungan 15 tahun ditarik masuk ke dalam sebuah kereta Perodua berwarna putih pada pukul 9.50 pagi.

Menurut wanita berkenaan, remaja yang memakai seluar jeans dan bertudung merah itu menjerit meminta tolong ketika ditarik dua lelaki itu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata kejadian itu mungkin hanya merupakan pergaduhan antara pasangan kekasih.

"Setakat ini kita belum terima laporan dari mana-mana pihak mengenai kehilangan ahli keluarga mereka.

"Namun kita telah menjalankan siasatan terperinci mengenai laporan yang telah dibuat semalam," katanya ketika dihubungi.

-Bernama

Lihat Komen
ADS