Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Prestasi China dalam sukan badminton merudum pada Sukan Olimpik Rio berbanding temasya yang sama di London empat tahun lalu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ketua Jurulatih Badminton Kebangsaan China, Li Yongbo yang menyebut Lee Chong Wei mungkin menjadi juara dunia jika jaguh badminton itu dilatih dalam pasukannya.

"Saya tidak mahu mengulas mengenai apa yang beliau (Li) katakan kerana itu semua sangat spekulatif.

"Saya tidak tahu apa maksud beliau tetapi kita tahu bahawa prestasi China sendiri juga merosot kerana dahulu mereka 'sapu bersih' semua pingat semasa di London 2012," jelas menteri itu kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, hari ini.

Khairy menghadiri majlis resepsi yang diadakan bagi mengalu-alukan kepulangan atlet Olimpik negara dari Rio.

Khairy turut menekankan perbezaan dalam perlawanan separuh akhir antara Lee dan Chen.

Lee bermain tiga set ketika menentang pemain China, Lin Dan dengan set ketiga menjadi perlawanan yang sangat sengit tetapi Chen bermain dua set sahaja menentang pemain Denmark, Viktor Axelsen, ujarnya.

Di samping itu, Chen baru berusia 26 tahun manakala Lee sudah berumur 34 tahun.

"Dan hanya rehat sehari (sebelum akhir). Saya rasa Chong Wei masih letih ketika itu.

"Beliau telah berikan yang terbaik tetapi Chen beraksi lebih baik hari itu ," tambah Khairy.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS