Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib kongsi pentas dengan Azmin dalam pelancaran projek LRT3
Diterbitkan:  Aug 24, 2016 8:50 PM
Dikemaskini: 12:53 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkongsi pentas dengan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa pelancaran Projek Transit Aliran Ringan (LRT3) yang bakal dimanfaatkan oleh kira-kira dua juta penduduk di Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

"Kita mungkin berbeza dalam banyak perkara lain tetapi dalam hal kepentingan awam, kita mesti sampaikan," kata Najib pada majlis pelancaran yang diadakan di stadium tertutup Melawati, Shah Alam.

Projek yang bakal dimulakan awal 2017 itu dijangka siap pada 31 Ogos 2020.

Menurut Najib, apabila siap, LRT3 sepanjang 37 kilometer itu akan menghubungkan Bandar Utama hingga Johan Setia, berhampiran Shah Alam.

"Ia akan melewati laluan sejauh 37 kilometer dengan 26 stesen. Sebanyak 10 stesen LRT akan dilengkapi dengan kemudahan 'park n ride' selain dibantu dengan bas pengantara untuk mewujudkan sistem yang bersepadu," katanya.

Mengisytiharkan dirinya dalam mood yang baik selepas menyambut kepulangan skuad Olimpik Rio Malaysia di KLIA, Najib mengakhiri ucapannya dengan mengumumkan diskaun istimewa 50 peratus bagi penumpang yang menaiki LRT Rapid KL dan rangkaian monorel antara jam 6 hingga 7 pagi mulai 16 September dan seterusnya.

Turut berkongsi pentas adalah Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar dan Pengerusi Prasarana Malaysia Berhad, Tan Sri Ismail Adam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS