Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan bentang pindaan undang-undang perkahwinan sivil Oktober

Kabinet bersetuju untuk membentangkan pindaan undang-undang untuk memastikan pertikaian antara agama melibatkan perkahwinan sivil diselesaikan di mahkamah sivil.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata pindaan terhadap undang-undang berkaitan perkahwinan dan penceraian itu akan dibentang di parlimen yang akan bersidang pada Oktober.

"Satu perkara yang jadi sangat kontroversi dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat ialah masalah penukaran agama (conversion) bila berlaku penceraian dan keputusan salah seorang untuk memeluk Islam.

"Ada kes-kes yang berlaku dari masa ke semasa yang menuntut kita cari jalan keluar," katanya.

Beliau berkata terdapat tiga prinsip melibatkan pindaan itu yang akan dibentangkan di parlimen.

"Pertama sebarang isu berbangkit berkenaan penceraian bagi perkahwinan yang didaftarkan secara sivil perlu diselesaikan di mahkamah sivil.

"Ini bagi memastikan tuntutan-tuntutan seperti hak jagaan dan tuntutan nafkah anak-anak ke peringkat tertinggi adalah terpelihara dan terjamin.

Kedua, katanya, berpaksikan prinsip keadilan sejagat untuk memberi peluang kepada pasangan menyelesaikan kes perkahwinan sivil ke mahkamah sivil

Justeru katanya, percanggahan yang berlaku antara mahkamah sivil dan syariah berkaitan pemelukan agama Islam oleh salah seorang pasangan dapat diselesaikan menerusi perundangan.

Lihat Komen
ADS