Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Menjelang perhimpunan ‘TangkapMO1' esok, persoalan yang masih berlegar adalah sama ada pilihan tempat berhimpun iaitu di Dataran Merdeka, adalah bertepatan.

Sama seperti bantahan BERSIH 4 tahun lalu, pengkritik mendakwa tindakan penganjur berkumpul di dataran itu, khususnya begitu hampir dengan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, adalah tidak sopan.

Bagaimanapun, tokoh akademik, Syed Farid al-Attas tidak bersetuju dan berpendapat Dataran Merdeka adalah tempat yang sesuai untuk mengadakan perhimpunan.

"Dataran Merdeka memang sesuai untuk sebarang perhimpunan, terutamanya jika ia mengenai perjuangan rakyat," kata Syed Farid kepada Malaysiakini.

Anak pengasas bersama parti Gerakan, Syed Hussein al-Attas itu, berkata perhimpunan berkenaan tidak akan mencemarkan tapak bersejarah seperti Dataran Merdeka, melainkan tujuan perhimpunan adalah untuk memecah belah perpaduan, seperti bantahan perkauman yang mendesak peminggiran kaum lain.

Himpunan ‘TangkapMO1' esok adalah anjuran pelajar yang bertujuan memberi tekanan kepada pihak berkuasa supaya bertindak ke atas ‘Malaysian Official 1'.

MO1 adalah tokoh misteri yang menurut saman mahkamah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memperolehi AS$731 juta dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB.

Selain ‘TangkapMO1' kumpulan baju merah pro-Melayu juga merancang berhimpun ditempat sama dengan tema 'Aku Melayu' esok.

Dalam pada itu, Ketua Sejarah, Warisan, dan Kajian Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara, Teo Kok Seong, bersetuju bahawa Dataran Merdeka adalah lokas strategik untuk mengadakan perhimpunan.

Walau bagaimanapun, bagi Teo, tarikh perhimpunan TangkapMO1 tidak tepat, kerana bantahan berkenan mungkin mengganggu persiapan perarakan Hari Merdeka.

"Mereka telah diberi cadangan supaya berhimpun di tapak alternatif, di Padang Merbok, mereka patut menerimanya," kata pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS