Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Datuk' dari bank berkaitan k’jaan direman tiga hari

Seorang pengarah urusan sebuah bank berkaitan kerajaan dan tiga yang lain ditahan reman selama tiga hari oleh mahkamah majistret di Putrajaya hari ini berhubung kes yang membabitkan penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas enam jam tangan bernilai RM20,000 setiap satu dan RM30,000 daripada pengarah urusan bank itu, yang bergelar 'Datuk' dan dalam lingkungan usia 40-an.

Majistret Nik Tsfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah tahanan reman selama tiga hari.

Antara yang ditahan termasuk seorang bekas kakitangan bank dan dua yang dipercayai adalah kakitangan sebuah syarikat penerbitan termasuk pengarah urusannya.

Semalam, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata, 'Datuk' berkenaan sedang disiasat berhubung tender untuk menukar sistem perbankan bank tersebut dan penerbitan sebuah buku berkaitan seorang pemimpin negara.

Azam berkata, sebanyak RM15 juta diberikan kepada syarikat penerbitan yang dimiliki oleh seseorang yang dikaitkan dengan suspek, tetapi tidak satu salinan buku pun telah diterbitkan setakat ini.

SPRM pada mulanya menahan lapan orang termasuk empat yang direman hari ini. Walau bagaimanapun, empat yang lain dibebaskan hari ini.

Mereka ditahan antara petang semalam dan sehingga tengah malam, di sekitar kawasan Kuala Lumpur.

Antara yang dibebaskan termasuk pengarang buku itu, isteri kepada seorang bekas kakitangan bank dan dua peguam yang merangka perjanjian itu.

Mereka yang ditahan itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 kerana menggunakan jawatan atau kedudukan untuk menerima suapan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS