Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Semua ini jejaskan moral kakitangan, akui Datuk Bandar
Diterbitkan:  Aug 26, 2016 3:50 PM
Dikemaskini: 7:53 AM

Sejak minggu lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mencuri tumpuan dan sering menjadi tajuk utama akhbar untuk sebab yang salah.

Dengan anggotanya menjadi sasaran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bandar, Datuk Mohd Amin Nordin Abd Aziz memandang berat kesan tindakan itu.

"Saya tidak mahu komen," katanya kepada akhbar New Straits Times apabila ditanya mengenai kemungkinan SPRM akan mengheret sehingga 30 lagi anggota DBKL untuk disoal siasat.

"Semua ini memberi kesan kepada moral kakitangan kami," katanya.

Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki, yang berkata, gejala rasuah di DBKL berlaku pada skala yang luar biasa, mahu bekerjasama dengan majlis bandaraya itu bagi menyekat kelemahan dalam prosedur operasi standard (SOP).

"Sebahagian daripada siasatan kami adalah untuk meneliti isu sebenar, iaitu bagaimana mereka ini berjaya mendapat tawaran tersebut.

"Kami alu-alukan kesediaan Datuk Bandar itu untuk bekerjasama dengan SPRM untuk meneliti t SOP DBKL dan integriti jabatan itu," kata Azam yang dipetik akhbar berkenaan.

Azam juga mendedahkan bahawa sejak SPRM menahan pengarah eksekutif DBKL yang bergelaran 'Datuk Seri' itu, orang ramai juga telah berkongsi maklumat untuk membantu siasatan.

"Sejak laporan tentang penangkapan Datuk Seri ini disiarkan, pihak kami telah mendapat banyak aduan dan maklumat daripada orang ramai mengenai isu berkenaan.

"Saya amat berterima kasih kepada orang ramai kerana memberi kami maklumat tambahan, yang akan membantu siasatan kami," katanya.

SPRM mengesyaki bahawa anggota DBKL pelbagai pangkat memaksa pemaju untuk berurusan dengan mereka untuk pelbagai kelulusan dengan pertukaran mendapatkan unit kondominium percuma, yang kemudiannya dijual pada harga yang lebih tinggi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS