Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib tanda tangani buku takziah bekas presiden Singapura
Diterbitkan:  Aug 26, 2016 4:19 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menandatangani buku takziah mendiang bekas Presiden Singapura, RS Nathan, di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Kuala Lumpur.

"Bagi pihak kerajaan dan rakyat Malaysia, saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mendiang Encik S R Nathan, bekas presiden Singapura.

"Ketika beliau adalah Pesuruhjaya Tinggi di KL dan kemudiannya sebagai Presiden, mendiang Presiden Nathan, adalah seorang pejuang besar bagi hubungan yang lebih erat antara Malaysia dan Singapura.

"Untuk itu, kami menghargai sumbangannya.

"Semoga rohnya bersemadi dalam aman," tulis perdana menteri dalam buku takziah itu.

Nathan, 92, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 22 Ogos lalu, akibat diserang angin ahmar.

Beliau pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia dari 1988 hingga 1990.

Nathan adalah presiden paling lama berkhidmat di Singapura iaitu selama dua penggal pada 1999 hingga 2011.

Beliau meletak jawatan sebagai presiden keenam pada 31 Ogos 2011 dan digantikan oleh Tony Tan Keng Yam sehingga kini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS