Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Setiausaha politik menteri kewangan kedua meninggal dunia
Diterbitkan:  Aug 26, 2016 6:14 PM
Dikemaskini: 10:27 PM

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Kedua Datuk Johari Abdul Ghani, Mohd Amran Hashim, 51, meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Allahyarham meninggal dunia pada jam 11.38 pagi ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke sini, untuk menghadiri satu mesyuarat, menurut seorang pegawai Johari.

Jenazah Mohd Amran dibawa pulang ke kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal Luar, Kajang.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Khursiah Abdul Aziz dan dua anak perempuan berumur 23 dan 18 tahun.

- Bernama

ADS