Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis nafi ada kumpulan paderi Melayu bergerak di Seremban
Diterbitkan:  Aug 26, 2016 6:25 PM
Dikemaskini: 10:30 AM

Polis Seremban hari ini menafikan dakwaan kononnya ada sekumpulan paderi berbangsa Melayu sedang bergerak aktif di Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Muhamad Zaki Harun berkata isu tersebut adalah isu lama yang diviralkan semula tanpa dipastikan kesahihanya.

"Ini gambar lama, masa saya (bertugas) di Perak pun dah ada. Diviralkan semula," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun, katanya pihak polis ada menerima laporan berhubung pengedaran Bible yang diletakkan pada kenderaan di kawasan letak kereta stesen Keretapi Tanah Melayu Seremban.

"Kami terima laporan pada 9 Ogos lepas dan siasatan dibuat oleh polis Jasin, Melaka kerana kejadian sama juga berlaku di Jasin sebelum itu.

"Pihak polis sentiasa memantau, dan selepas itu tiada lagi kejadian atau laporan yang pihak kami terima," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS