Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis tahan lelaki mengaku sebagai ‘Nabi Isa’
Diterbitkan:  Aug 26, 2016 9:16 PM
Dikemaskini: 1:17 PM

Polis menahan seorang lelaki yang mengaku dirinya sebagai 'Nabi Isa' di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, selepas mengugut untuk membunuh beberapa pembesar negara.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif kepada Bernama.

Beliau berkata suspek berusia 40-an itu telah diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk siasatan.

"Selepas Jawi menjalankan siasatan mereka, polis akan menyiasat pula suspek mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah," katanya.

Lihat Komen
ADS