Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
NGO Islam gesa sistem kawal selia pusat tahfiz
Diterbitkan:  Aug 27, 2016 2:50 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

Susulan insiden dan dakwaan berkaitan, Pertubuhan IKRAM Malaysia menggesa kerajaan menyediakan satu sistem kawal selia dan jaminan kualiti di pusat-pusat tahfiz seluruh negara.

NGO Islam itu berkata garis panduan perlu digubal bagi mengelakkan perkara tidak tidak diingini daripada berlaku.

“IKRAM bersedia berkongsi pengalaman dalam mengendalikan lebih 40 buah sekolah rendah dan menengah Islam serta maahad tahfiz di seluruh negara,” kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan IKRAM Prof Dr Omar Yaakob.

Omar membangkitkan dakwaan terbaharu yang didakwa melibatkan kes penderaan seksual di sebuah pusat tahfiz di Ipoh, dakwaan murid dibelasah di Sungai Petani serta kebakaran di Sabak Bernam dan Tawau.

Pihaknya bagaimanapun berpendapat penubuhan pusat-pusat tahfiz di serata pelosok negara mencerminkan satu trend yang baik dari segi kesedaran ibu-bapa tentang peri pentingnya didikan agama.

“Permintaan dan harapan yang tinggi ini mendorong ramai pengusaha untuk menyediakan pusat-pusat tahfiz.

“Bagaimana pun, IKRAM prihatin dengan kualiti dan standard yang disediakan oleh pusat-pusat tahfiz berkenaan,” katanya.

Antara perkara diketengahkan kumpulan itu termasuk falsafah pendidikan dijadikan panduan, kelayakan kepimpinan dan pendidik, kurikulum dan kokurikulum, sistem pengurusan dan pentadbiran, standard prasarana, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan ciri keselamatan asrama.

Pendakwah terkenal Datuk Kazim Elias semalam membuat laporan polis berhubung dakwaan serangan seksual terhadap pelajar Pusat Pendidikan Al-Barakah yang diasaskannya di Ipoh.
 

Syed Azmi: Saya tak pernah sebut nama Kazim Elias

Lihat Komen
ADS