Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Lelaki Jalur Gemilang' warnai Dataran
Diterbitkan:  Aug 27, 2016 3:59 PM
Dikemaskini: 8:19 AM

Hari cuti bukan sahaja menjadi peluang kepada peserta himpunan #TangkapMO1 menyatakan suara bantahan.

Ia turut menjadi peluang kepada seorang warga emas menunjukkan rasa patriotik menjelang sambutan hari ulang tahun kemerdekaan 31 Ogos ini.

Di samping lebih seribu peserta himpunan yang rata-rata berpakaian hitam-putih, Mohd Yusof bin Ismail, 58, pula tampil dengan pakaian bertemakan Jalur Gemilang.

Beliau dikesan menunggang motosikal merah berhias bendera Malaysia dan logo 1Malaysia dan berhenti di simpang antara Jalan Tuanku Abdul Raman dan Jalan Tun Perak.

Bagaimanapun ia ternyata bukan perkara baru kepada Mohd Yusof.

Katanya, beliau sudah lebih sedekad berpakaian demikian tiap untuk menyambut sambutan 31 Ogos ke-59 yang akan jatuh pada Rabu depan.

Bagaimanapun, hari ini beliau tidak sangka akan berdepan himpunan anjuran kumpulan pelajar.

“Terpulanglah kepada individu (hendak sokong atau lawan kerajaan)... tetapi tidak kira bangsa, kita sebagai rakyat sambut Hari Merdeka,” katanya.

Mohd Yusof ialah anggota Dewan Usahawan Bumiputera Bersatu Malaysia (DUBBM).

Beliau berkata akan memakai baju bertemakan bendera Malaysia daripada 1 Julai hingga 31 Ogos.

Peserta protes kelihatan turut bergambar bersama beliau.

Himpunan hari ini dianjurkan bagi mendesak identiti Malaysian Official 1 (MO1) didedahkan serta tindakan dikenakan padanya.

MO1 disebut 36 kali dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat untuk menyita aset berkaitan 1MBD di negara itu.

Lihat Komen
ADS