Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Mahkamah Perancis menggantung larangan terhadap wanita yang memakai pakaian mandi 'burkini' di pantai bandar Mediterranean, namun, Perdana Menteri berkata kontroversi mengenainya tidak berakhir di situ sambil menegaskan pakaian itu sebagai simbol 'terkebelakang, Islamisme yang memusnahkan'.

Perintah majlis negeri terhadap pusat penginapan Villeneuve -Loubet itu dijangka menjadi satu teladan buat puluhan bandar Perancis yang melaksanakan larangan berkenaan, memetik laporan Reuters.

Kata majlis, larangan Villeneuve-Loubet itu telah 'secara serius melanggar, dengan begitu jelas menyalahi undang-undang, kebebasan asasi seperti kebebasan bergerak, beragama dan individu'.

Burkini tidak membawa ancaman kepada ketenteraman awam, jelas majlis berkenaan yang merupakan mahkamah tertinggi pentadbiran Perancis.

Larangan itu dikenakan atas alasan memakai burkini melanggar undang-undang Perancis mengenai sekularisme.

Ia diikuti beberapa siri serangan maut oleh militan Islam di Paris, Nice dan beberapa tempat lain dalam tempoh 20 bulan lalu yang mengejutkan dunia tetapi turut menimbulkan persoalan mengenai lokasi terbesar penduduk Islam Perancis dan populasi Arab dalam masyarakatnya.

Banyak pihak konservatif dan sayap kanan Perancis menyokong larangan burkini dengan beberapa kumpulan menggesa ia diperluaskan ke seluruh negara manakala gerakan kebebasan awam, feminis dan umat Islam pula menentangnya.

Debat tersebut dicetuskan oleh rakaman polis yang cuba untuk menguat kuasakan laragangan pemakaian burkini ke atas wanita di pantai di Nice.

Dalam reaksi terhadap keputusan mahkamah itu semalam, Perdana Menteri Manuel Valls dari parti sosialis berkata, Perancis memerlukan fahaman Islam yang moden dan sekular dengan pemakaian burkini adalah bercanggah dengan idea tersebut.

"Perintah majlis negeri tidak menyelesaikan perbahasan mengenai burkini," ujar Valls di Facebook.

"Mengecam burkini bukan mempersoalkan kebebasan individu...Ia mengecam Islamisme yang membawa kemusnahan dan terkebelakang."

Isu tersebut ditapis di peringkat awal kempen pilihan raya presiden pada bulan April 2017 dengan menjadikan identiti kebudayaan Perancis dan keselamatan sebagai isu hangat dalam perbahasan politik.

Bekas presiden Perancis, Nicolas Sarkozy pada Khamis lalu melancarkan kemunculan semula mengenai pelaksanaan undang-undang yang tegas dan berasakan arahan.

Ketegangan yang memuncak

"Kita perlukan undang-undang," kata Timbalan Datuk Bandar Konservatif Nice, Christian Estrosi dalam akaun Twitternya sambil menggesa rang undang-undang yang membenarkan pengharaman burkini.

Sejak konservatif tidak mempunyai majoriti di Parlimen dan apa jua rang undang-undang tidak berpeluang yang diguna pakai, Estrosi mencadangkan Valls tampil dengan draf undang-undang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS