Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ali Tinju: Tangkap pelajar atau kami protes depan balai
Diterbitkan:  Aug 27, 2016 4:53 PM
Dikemaskini: 8:55 AM

Aktivis pendukung perdana menteri Mohd Ali Baharom mendesak polis bertindak terhadap kumpulan pelajar yang menganjurkan himpunan #TangkapMO1 di ibu negara hari ini.

Beliau memberi amaran mengadakan sebuah lagi protes susulan di depan ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi jika tindakan gagal diambil.

“Jika polis gagal tangkap malam ini atau esok.

“Gerakan Merah turun protes pada hari Isnin 29 Ogos jam 2 petang di depan balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur,” katanya yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Beliau juga mendakwa “demo secara haram” di ibu negara hari ini ditaja oleh pemimpin pembangkang.

Gerakan Merah, yang berbeza pandangan dengan kumpulan pelajar, pada mulanya berhasrat mengadakan protes balas hari ini tetapi membatalkannya susulan larangan polis.

Beliau juga sebelum ini memperlekeh himpunan #TangkapMO1 sebagai “himpunan budak-budak kecil”.

Kira-kira 1,000 orang menyertai himpunan lebih dua jam bermula awal petang ini.

Lihat Komen
ADS