Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Himpunan langgar undang-undang tapi tiada tangkapan
Diterbitkan:  Aug 27, 2016 5:16 PM
Dikemaskini: 9:18 AM

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata, himpunan #TangkapM01 di ibu negara hari ini tidak mengikuti undang-undang.

Zainol berkata, walaupun penganjur menghantar notis namun ia tidak mengikut syarat yang ditetapkan.

"Himpunan tak ikut lunas undang-undang. Walaupun hantar notis tapi tak ikut syarat," katanya kepada pemberita di Dataran Merdeka selepas tamat acara hampir jam 5 petang ini.

Ketika ditanya jenis tindakan yang akan diambil terhadap penganjurnya, Zainol meminta diberi peluang menyiasat lanjut terlebih dahulu.

"Biarlah polis siasat," katanya ringkas.

Zainol berkata, setakat petang ini, tiada sebarang tangkapan dibuat.

Polis menganggarkan seramai 2,000 orang yang menghadiri perhimpunan pada hari ini.

Himpunan hari ini dianjurkan kumpulan pelajar bagi mendesak tindakan terhadap individu misteri Malaysian Official 1 (MO1) yang dinamakan dalam saman sivil bagi menyita harta berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat.

Pemimpin pembangkang dan pengkritik berkata MO1 merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pandangan ini bagaimanapun ditolak oleh pemimpin BN.

Lihat Komen
ADS