Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan PP: Bapa ADUN DAP terlibat rasuah rumah kos rendah?

Satu video menampilkan bapa ADUN Sungai Pinang dari DAP, Lim Siew Khim duduk di kalangan mereka yang didakwa melakukan rasuah rumah kos rendah telah disebar di laman Facebook.

Klip selama lima minit itu menampilkan bapa ADUN tersebut, Lim Keat Seong, 68 yang merupakan pesara disiarkan di laman Facebook pro-BN hari ini.

Pada sidang akhbarnya hari ini, Gerakan Pulau Pinang mempersoalkan kandungan video itu sambil menambah ia jelas merujuk kepada perbuatan rasuah.

"Bilakah kejadian ini yang mana kami syak melibatkan pelakuan rasuah?" tanya Pemangku Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong.

"Bilakah rundingan telah berlaku antara kedua-dua pihak?" Oh bertanya.

"Adakah Uncle Lim disebut dalam video klip tersebut bapa Siew Khim ? Adakah dia tahu tentang perkara ini? " soalnya lagi.

Menurut Oh, ada pihak yang mendakwa beberapa mangsa membayar antara RM1,000 dan RM2,500 seorang untuk mendapatkan rumah mampu milik.

Bagaimanapun, selepas membayar wang kepada orang tengah, mereka gagal mendapatkan unit tersebut.

Dalam reaksinya, Siew Khim berkata, bapanya tidak berkuasa untuk mempengaruhi keputusan kerajaan negeri Pulau Pinang.

"Begitu juga dengan saya. Serangan oleh Gerakan tidak berasas, tiada asas," kata Siew Khim di pusat perkhidmatannya di Jelutong.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS