Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan mahu suruhanjaya siasat dakwaan rasuah rumah

Gerakan Pulau Pinang menggesa kerajaan negeri membentuk sebuah suruhanjaya siasatan mengenai isu dakwaan berlaku rasuah dalam mendapatkan unit rumah kos rendah.

Pemangku Naib Pengerusinya Oh Tong Keong berkata parti itu ingin menghantar anggotanya untuk menjadi sebahagian daripada suruhanjaya itu.

Jika tidak, Gerakan akan meminta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang untuk meneliti pembentukan suruhanjaya itu, katanya.

"Kami akan meletakkan semua keterangan dalam CD (cakera padat) dan mengemukakannya kepada Gabenor Pulau Pinang Abdul Rahman Abbas," kata Oh pada sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Oh merujuk kepada klip video lima minit di halaman Facebook pro-BN, yang menampilkan bapa ADUN DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim.

Dalam video itu, Lim Keat Seong, 68, dilihat duduk dengan beberapa individu yang tidak dikenali yang cuba menuntut wang selepas membayar rasuah antara RM1,000 hingga RM2,5000 untuk mendapatkan rumah kos rendah.

Siew Khim segera menjauhkan diri daripada kejadian itu dan mengatakan beliau tidak tahu mengenai aktiviti atau urusan bapanya.

Beliau menggesa mangsa penipuan perumahan yang dikatakan membuat laporan polis mengenai nasib mereka.

Siew Khim turut membidas Gerakan kerana cuba mengaitkan beliau dalam perkara itu dengan berkata parti itu mahu mengalihkan perhatian daripada pertelingkahan dalaman ke atas kerusi Sungai Pinang.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS