Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pintu pagar Balai Polis Lanang ditutup untuk 'keselamatan'
Diterbitkan:  Aug 30, 2016 1:41 PM
Dikemaskini: 5:59 AM

Walaupun pintu pagar Balai Polis Lanang ditutup dan lampunya malap di malam hari, namun sebenarnya ia masih beroperasi, kata ketua Polis Daerah Sibu, Saiful Bahri Abdullah.

Beliau berkata pintu pagar itu ditutup atas sebab keselamatan kerana bangunan berusia 40 tahun itu berada di kawasan yang tidak memiliki lampu jalan yang mencukupi.

"Ada satu kes di mana seorang pemandu mabuk merempuh pintu depan. Gelongsor pintu pecah selepas penjenayah melemparkan batu ke arah bangunan.

"Seseorang membaling mercun ke dalam kawasan balai itu sebelum ini.

"Kami tutup pintu pada waktu malam atas sebab-sebab keselamatan tetapi ada anggota polis yang mengendalikan stesen dan mereka akan buka pintu jika orang mahu membuat laporan," katanya dipetik oleh The Borneo Post sebagai berkata.

Beliau berkata demikian bagi menangkis dakwaan ADUN Bukit Assek ADUN Irene Chang bahawa Balai Polis Lanang "tiada dalam perkhidmatan".

Beliau berkata seorang penduduk di kawasan itu datang ke balai polis tersebut pada jam 5.30 pagi Sabtu lalu untuk melaporkan kecurian motosikal, namun pintu balai itu ditutup dan kawasannya bergelap.

Bagaimanapun, Saiful berkata balai polis itu beroperasi 24 jam sepanjang tahun.

"Sebagai contoh, balai polis masih dibuka semasa darurat di Bukit Kepong dan ia juga adalah sama untuk balai polis Lanang.

"Stesen Lanang, atau mana-mana balai polis yang lain, tidak pernah ditutup," katanya kepada pemberita di Balai Polis Sungai Merah semalam.

Saiful berkata, sejumlah 3,320 kes dilaporkan di balai itu antara Januari dan 28 Ogos tahun ini.

Lihat Komen
ADS