Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Exco nafi dakwaan rasuah rumah, minta mangsa lapor polis

Exco Pulau Pinang menafikan dakwaan amalan rasuah melibatkan pembelian rumah kos rendah berikutan tersebar klip video di halaman Facebook pro-BN Ahad lalu.

Klip video itu memaparkan bapa ADUN DAP Sungai Pinang, Lim Siew Khim bersama beberapa individu yang mendakwa mereka dibayar untuk mendapatkan unit perumahan yang dibina kerajaan negeri.

Semalam, ADUN itu menafikan beliau terlibat dalam perkara itu dan mengatakan tidak tahu mengenai urusan bapanya.

Hari ini, Exco Perumahan Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo berkata beliau melihat dengan serius sindiran oleh Gerakan yang membangkitkan isu itu semalam.

Pada sidang akhbar semalam, Pemangku Naib Presiden Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong menunjukkan klip video selama lima minit itu di mana beberapa individu dipaparkan cuba menuntut semula wang yang mereka bayar kepada individu tertentu untuk mendapatkan rumah awam.

Jagdeep menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan orang tertentu yang mendakwa mereka boleh memintas proses pemilihan bagi mendapatkan rumah.

"Jika mereka ada apa-apa pertanyaan, sekalipun, mereka perlu berkomunikasi dengan saya secara langsung, atau dengan mana-mana pegawai saya," kata Jagdeep pada sidang akhbar di Komtar hari ini.

Beliau menggesa mereka yang membayar wang untuk mendapatkan rumah kos rendah membuat laporan polis, sambil menambah beliau sendiri akan berhubung dengan ketua polis negeri, Datuk Abdul Ghafar Rajab untuk menyiasat perkara itu dengan teliti dan cepat.

"Kejadian seperti ini telah berlaku sebelum ini. Pada bulan Mac, beberapa individu membuat laporan polis," katanya.

Jagdeep berkata sindiran itu tidak berasas dan fitnah kepada kerajaan negeri khususnya dalam Jawatankuasa Pemantapan Proses Pemilihan (SPEC) dan pegawai-pegawai kerajaan di Jabatan Perumahan Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS