Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ujian nuklear yang dilakukan Korea Utara pada Jumaat, dan menggesa negara itu supaya
menghentikan sebarang ujian lanjut serta program nuklear dan peluru berpandu balistiknya.

Wisma Putra dalam kenyataannya malam ini berkata Malaysia amat kesal dengan insiden terbaharu itu, yang hanya mengeruhkan lagi situasi ketegangan di rantau berkenaan.

Menurutnya ujian nuklear kedua oleh Korea Utara dalam tahun ini merupakan pencabulan yang jelas terhadap Resolusi-Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan.

"Ia juga merupakan ancaman yang serius kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa,"kata kenyataan itu.

Malaysia turut menggesa Korea Utara supaya memenuhi obligasi antarabangsanya bagi tujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan di peringkat serantau dan antarabangsa.

-Bernama

Lihat Komen
ADS