Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Abduh: DAP konsisten lawan BN, tapi gagal faham agama
Diterbitkan:  Sep 23, 2016 3:56 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Kerjasama PAS dan DAP sebelum ini tidak menghasilkan formula yang mampu menarik undi rakyat teramai akibat sikap DAP yang didakwa gagal memenangi hati orang Melayu.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata DAP gagal memanfaatkan “usaha bersungguh PAS” ketika bersama dalam Pakatan Rakyat untuk membuang “wajah chauvinis” mereka.

Kegagalan itu akhirnya membuatkan PAS terpaksa menerima bahana akibat keengganan DAP berubah, katanya ketua Pemuda PAS itu.

“Walaupun DAP konsisten menentang kebobrokan BN terutama berkait pengurusan kewangan dan ekonomi negara, tetapi mereka gagal memahami isu-isu negara dengan baik terutama perihal agama, hubungan antara kaum dan banyak lagi.

“Malaysia tidak mampu lagi menerima politik benci-membenci dengan fitnah dan saling mencipta provokasi serta sentimen jahat sesama rakyat,” beliau dipetik sebagai berkata oleh Harakahdaily.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi kepada pendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan DAP dan parti-parti yang bersamanya.

Lihat Komen
ADS