Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemerdagangan manusia, penjaga premis pusat refleksologi ditahan
Diterbitkan:  Sep 24, 2016 2:51 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

Seorang penjaga premis sebuah pusat refleksologi di Kota Kinabalu ditahan bagi membantu siasatan kegiatan pemerdagangan manusia membabitkan 16 rakyat asing di premis berkenaan.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Jabatan Sisatan Jenayah (JSJ) Sabah, SAC Datuk Salehhudin Abd Rahman berkata lelaki tempatan berumur 44 tahun itu juga direman empat hari sejak semalam.

"Pada 23 September (semalam) pukul 1.40 pagi, sepasukan polis dari JSJ Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu telah menjalankan serbuan di sebuah pusat refleksologi di Jalan Haji Yaakub, Kampung Air di mana maklumat mendedahkan
beberapa orang warga asing telah dijadikan mangsa aktiviti pemerdagangan orang.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan, pihak polis menjumpai seramai 14 wanita rakyat China, seorang wanita Filipina dan seorang lelaki China di dalam sebuah bilik. Kesemua berumur antara 22 tahun dan 42 tahun," katanya.

Salehhudin berkata kes itu disiasat di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS