Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
PM 2 penggal: Mukhriz tiada hak, kata Annuar

Cadangan agar tempoh perkhidmatan perdana menteri dihadkan dua penggal saja hanya bertujuan untuk meraih sokongan semata-mata, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa.

Katanya cadangan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir itu hanya tertakluk kepada parti berkenaan saja kerana beliau tiada hak untuk mencadangkan perkara itu kepada parti lain.

"Kadang-kadang ada jenis orang yang suka mencadangkan kepada orang lain untuk membuat sesuatu tetapi dia sendiri tidak berbuat seperti apa yang dicadangkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Oghe Tere (Orang Ketereh) di Bukit Marak di Kota Bharu, semalam.

Annuar yang juga Anggota Parlimen Ketereh juga yakin rakyat tidak tertarik dengan cadangan berkenaan.

Kelmarin, Mukhriz dilapor berkata parti itu akan mencadangkan supaya tempoh perkhidmatan perdana menteri dihadkan kepada dua penggal sahaja sekiranya kerajaan baharu ditubuhkan selepas pilihan raya umum ke-14, bagi mengelak krisis pentadbiran.

- Bernama

Lihat Komen
ADS