Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kurang akses khidmat penjagaan anak halang wanita bekerja

Kekurangan akses kepada perkhidmatan penjagaan kanak-kanak adalah penghalang bagi wanita menyumbang ke arah peningkatan jumlah pendapatan isi rumah mereka dan menangani isu ketidaksamaan pendapatan.

Masalah ini khususnya memberi kesan kepada wanita daripada keluarga yang tergolong dalam 40 peratus berpendapatan rendah dalam negara dan dikategorikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai isi rumah "B40".

Ini adalah salah satu daripada isu yang dibangkitkan semasa perbincangan antara wakil-wakil dari Malaysian Sivil Society Organisations-SDG Alliance dan anggota rukun tetangga Projek Perumahan Awam Jalan Hang Tuah.

Daripada 10 wanita yang mengambil bahagian dalam perbincangan yang diketuai oleh Setiausaha Agung Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) Denison Jayasooria, hanya tiga daripada mereka bekerja makan gaji.

Baki tujuh daripada mereka adalah suri rumah dan beberapa orang daripada mereka terpaksa berhenti kerja selepas melahirkan anak. Salah seorang daripada mereka mengendalikan perkhidmatan jahitan, manakala seorang menawarkan khidmat sebagai pengasuh bayi.

Menurut mereka yang hadir, purata pendapatan isi rumah tunggal memperoleh kurang daripada RM2,000 sebulan.

Perbincangan itu merumuskan bahawa wanita akan mendapat manfaat daripada akses kepada khidmat penjagaan anak yang dibiayai kerajaan, untuk memudahkan kemasukan mereka ke dalam tenaga kerja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS